Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
158,179
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

SATU terma yang boleh mendefinisikan apa yang berlaku untuk sesi mengorek time capsule itu ialah huru hara. Emaknya menangis hingga memanggil Emir meminta dipujuk, malah langsung enggan disentuh bila yang lain cuba mendekat. Bila abangnya membawa emaknya naik ke bilik tetamu, Mimi pula tiba-tiba meraung. Bila dirisik punca, rupanya sebab ayahnya mengutip sebuah handphone serta kepingan kertas koyak di laman belakang.

“Abang nak buat apa dengan surat tu?!”

“Ni abang punya...”

“Buang je la!! Surat tu dah tak berguna! Abang dah ada sayang sekarang!!”

Ayahnya tidak menjawab tetapi tidak juga menurut. Sebaliknya lelaki itu berjalan keluar dari vila, meninggalkan mereka semua disidai macam batu di tepi jalan. Air mata Mimi tumpah, kemudian dipujuk oleh Maya dan Batrisya di dapur. Tinggallah Farid dan tiga remaja yang terkulat-kulat tak tahu nak bereaksi macammana.

“Jumpa apa sampai semua breakdown macam ni sekali??” soal Munirah kehairanan.

“Uncle kantoi cinta lama dia kut?” teka Junior, merujuk pada reaksi leleh dari kedua-dua wanita yang berkait rapat dengan pakciknya itu.

Farid menjeling bersama senyum hambar. Perasan anak saudaranya sedang melangut ke tingkat atas dengan fokus yang tidak patah.

“Fikir apa Ami?”

Gadis itu senyap seketika, membayangkan keadaan emaknya yang sendu dipujuk abangnya, kemudian pada si ayah yang juga kusut macam perlu menyelesaikan masalah dunia. Dinding pipi digigit. Kemana pula orang tuanya itu pergi nak memujuk diri.

“Ami.”

Gadis berambut panjang itu menoleh pada Munirah yang menegur. Bila si kakak sepupu memberi isyarat kenapa, dia tidak membalas,sebaliknya mengalihkan fokus pada ayah saudaranya.

Uncle. Ayah jumpa memori lama dia dengan ma dalam time capsule ke sampai ma reject ayah sekali lagi...?”

Kening Farid terloncat terus, sedikit terperanjat mendengar tekaan tepat itu. Anak perempuan Umar ini... sharp lain macam. “Macammana kau boleh teka macam tu sekali?” soalnya, ingin tahu.

Bahu dijungkit. “Ayah obses dengan ma.” Senada membalas.

Hampir terlepas ketawanya. Farid menghela nafasnya pendek sambil menggaru belakang telinga. “Ma kau takdelah reject flat. Dia minta ayah kau prioritise mak tiri kau berbanding dia... tu je... sebab situasi antara mereka sekarang dah lain.”

“Kata nak jadi functioning family...” keluh si anak pula. Pintu dipandang lagi, pada si ayah yang lari entah ke mana. “Tak bestlah macam ni...” luahnya, mula terasa rimas dan malas. Dia enggan melihat ayahnya sendu lagi. Dan sekarang emaknya pula dah memberi intro menangis sampai taknak dipujuk orang lain. Ami menggaru kepala dengan kedua belah tangan, cuba membuang sesak di kepala. “Ami taknak ma dengan ayah berpisah lagi... Ami baru je berbaik dengan Emir...” luahnya, terus menggaru kepala sampai kusut rambutnya.

“Dah tu, kau nak buat apa?” soal Junior pula.

Gadis itu masih dengan muka kusut, sekusut rambut yang dah berselirat kerana digaru tanpa henti. Kemudian dia berpaling pada Mimi yang masih dipujuk Maya dan Batrisya. Untuk seketika, Ami terkedu. Baru teringat. Emaknya enggan bersatu semula dengan ayah mereka kerana ketegasannya enggan menjadi perampas suami orang. Satu-satunya cara untuk melembutkan hati emaknya ialah redha dari emak tiri yang tidak disukai itu bagi menerima mereka semua sebagai ahli keluarga. Ayahnya tidak akan sakit kepala lagi, dan dia dan Emir juga tidak akan stress tak semena mena.

Ami menelan egonya. Mimi tidak disukai kerana dia merasakan perempuan penggoda itu tidak sesuai dengan ayahnya, tetapi perasaannya mungkin tidak penting jika dibandingkan dengan kesenangan hidup mereka sekeluarga. Lalu dia berlari anak ke meja makan.

Aunty.”

Mimi memandang Ami yang berdiri di sebelah kerusinya. Sendu ditahan, hairan kenapa gadis itu tiba-tiba datang padanya. Maya dan Batrisya pula memerhati dari tepi.

Aunty nangis sebab ayah masih tak move on dari ma, kan?” soalnya terus.

Kening Mimi bercantum terus, tidak menyukai mukadimah itu tetapi dia tidak membalas. Gadis 14 tahun itu meneruskan kata.

“Ami rasa, kalau kita nak jadi functioning family...supaya ayah tak perlu sedih lagi... supaya aunty pun tak perlu menangis tak pasal-pasal macam ni... apa kata aunty terima je kami semua macam keluarga aunty? Kita... macam mak dengan anak.... Ma pula... sebagai pasangan ayah?”

Darah Mimi menyirap ke kepala. Sepantas kilat tangan kanannya melayang dan PANG!! Pipi kiri Ami menerima padah atas idea bodohnya. Kuatnya bunyi kelepek itu membuatkan Maya terjerit terkejut. Mata Batrisya turut mencerlang seluasnya.

Junior dan Munirah terus berlari ke meja makan manakala Farid bergegas mendapatkan Umar.

“KAU JANGAN MINTA BENDA BODOH!!” pekik wanita itu terus sambil bangun berdiri.

Gadis itu pula berpinar anak mata. “Benda bodoh apa? Ayah sayangkan kita semua. Ayah masih sayang ma juga. Aunty tak boleh nafi benda tu...”

“KAU TAK GUNA—!!”

“MIMI!!” Lekas Batrisya menahan lengan Mimi dari melayang buat kali kedua. “Sabar sikit! Ini bukan cara nak marahkan anak tiri kau!”

Pipi yang terasa berdenyut, diurut perlahan. Anak mata hazel itu menjeling muka marah di depannya. Namun tiada marah yang dirasai, melainkan rasa kecewa dan terkilan semata.

“Apa benda yang aunty tak suka sangat dekat ma?”soalnya perlahan.

“Sebab mak kau tu rampas Umar dari aku sejak dulu!! Kau takkan faham!! Umar aku yang punya!!”

Ami melangut lagi, dengan muka ketat kali ini. “Ayah tetap sayangkan ma... aunty takda kuasa nak halang perasaan ayah. Ustazah pun pernah bagitau lelaki boleh kahwin empat. Jadi berbanding cuba melawan,lebih baik aunty terima peranan aunty—”

“KAU TUTUP MULUT—” Tangan diangkat lagi.

“MIMI!” Batrisya menangkap tangan itu sekali lagi sebelum menepis kuat tangannya hingga Mimi terundur setapak. Malah wanita itu berdiri di hadapan Ami bagi memastikan Mimi tidak akan memukul anak saudaranya lagi. “Waras sikit! Bukan Aqi saje... tapi kami semua dah minta benda yang sama dari kau selama ni! Terima anak Umar macam anak kau sendiri! Malu sikit bila budak-budak ni pula minta benda yang sama! Apa benda yang kau marah sangat sampai kau reject budak ni sampai macam ni sekali?!”

“SEBAB DIA ANAK AQI!!”

Suara yang penuh kemarahan itu melantun di setiap dinding vila hingga menyapa cuping telinga Umar yang baru masuk di muka pintu. Dia dipanggil semula oleh Farid bagi menenangkan kecoh di dapur itu, tetapi dia pula yang gamam. Kakinya terpaku di muka pintu.

Batrisya menjilat bibir yang terasa kering. “Thats too shallow of a reason...” luahnya, penuh kecewa.

Namun komen itu tidak sampai ke otak Mimi, apatah lagi hatinya. Dia masih dirasuk amarah. Kerana Aqi, dia hilang Umar. Bukan sekali tapi banyak kali, malah hingga sekarang pun! Walaupun dah dua dekad! Walaupun dah 14 tahun perempuan itu menghilang, Umar masih tak boleh lari dari bayangnya! Malah kali ini dia akan kehilangan Umar lagi... kerana perempuan itu lagi!!

Mimi perlu buang kanser itu sebelum merosakkan rumah tangganya! Lalu dia bergegas ke tangga.

Batrisya dan yang lain keliru dengan tingkah laku wanita itu, kecuali Ami. Mengesan arah larian Mimi ialah ke bilik tetamu, gadis itu terus memecut.

“Dia nak serang ma!!” jeritnya.

 

MENERIMA lamaran Chan ialah sebuah kesilapan? Tidak. Dia membuat keputusan itu bagi mengelakkan lelaki itu menghantar bukti kepada pihak polis, dan seterusnya membuka fail kes Hadi. Umar boleh dihantar ke tali gantung. Farid, Nick dan Alice akan dipenjarakan kerana bersekongkol. Anaknya akan kehilangan ayah. Keluarga mereka akan menderita.

Jadi menjadi isteri Chan bukannya sebuah kesilapan.Walaupun dia menderita selama sedekad, keputusan itu bukannya kesilapan.

Jadi kau dah tak perlu menangis, Aqi. Yang penting semuanya dah selesai. Umar dan kembar tu dah bersatu dan peranan kau ialah untuk jaga mereka walau bukan sebagai isteri Umar. Bahagia itu masih boleh dicapai walaupun agak lambat. Lets move on.

Itu bisikan terakhir dari hatinya bila dia terpujuk dari sendunya tadi. Aqi menarik nafas sedalam-dalamnya hingga kembang dadanya. Sisa air mata dikesat dengan lengan walaupun lengan baju pun dah sembap bahana lebatnya air matanya tadi. Muka masih terasa melekit. Kemudian Emir yang tengah mengurut kakinya direnung.

Kerana luka yang diberikan Chan pada kakinya, Aqi kini memiliki cacat kekal di kaki. Beberapa jari kaki hilang, tumit dikerat, parut-parut yang memenuhi kaki hingga ke lutut. Menggerunkan bagi mata yang melihat. Selama ini dia menyembunyikan keadaan kakinya dengan memakai stoking sepanjang masa, tetapi bahana tangisannya tadi, luka-luka itu terasa berdenyut semula hingga terpaksa diurut bagi melegakannya walau sedikit.

Sejenis luka psikologi, tetapi tetap memberi sakit pada fizikalnya.

“Emir, ambikkkan tisu?” pintanya.

Anak lelakinya akur seperti pemenang anugerah anak taat sedunia. Perabot di bilik tetamu itu dibelek tetapi tidak ditemui tisu. Dia baru nak keluar bilik, namun terhenti bila memutar tombol. Dia membatu seketika, berkira-kira nak bertanya atau tidak. Setelah berfikir dua tiga kali,remaja 14 tahun itu akhirnya menoleh.

“Ma...”

“Em?”

“Ma jumpa apa sampai nangis macam kena dera Chan?”

Wanita itu melepas gelak senafas. “Kena dera dia pun ma tak nangis teruk macam ni...”

Then why?”

Aqi merenung anaknya. Air muka itu nampak kusut benar. “Ma sedih... tu je....”

“Sedih pasal apa?”

Pipi digaru. “Yang ma tersedar yang ma terlepas 14 tahun untuk hidup dengan ayah kau... yang kau terlepas childhood untuk membesar dengan adik kau.... I thought I’m okay, but apparently, am not...” Bibir dipaksa senyum. “The point is, kita dah balik ke sini. Kau dah dapat ayah kau semula... dengan adik kau. Everything is okay, now... so, ma cuma ambik masa sikit nak healing. Maybe a few bump on the road like today... tapi everything is okay. I promise. We’re okay.”

Berbanding cuba menenangkannya, perkataan ‘okay’ yang diulang banyak kali itu seakan-akan berperanan untuk menenangkan jiwa ibunya sendiri. Remaja 14 tahun itu menelan liur lalu.

You don’t look okay...” komennya.

“Apa pulak? Hahah...”

“Ma nangis bila orang tak nampak. Ma sakit kaki tiap kali trauma ma triggered. Ma taknak dekat dengan ayah bila ma cari support.... Ma tak nampak macam ma nak healing, tapi sekadar melarikan diri dari kesakitan lama....”

Aqi mendiam. Rawannya datang semula. “Ma cuma nak survive...dan balik ke sini untuk hidup bersama ayah kau... walaupun sekadar berjiran. I’m fine with the way things are...”

“Tapi kenapa masih menangis?”

Terdiam lalu. Makin pedih hatinya. Anak tekak juga mula terasa kembang, lalu ditahan sekuatnya.

Emir merenung muka yang semakin merah itu, tanda ibunya nak menangis lagi. Ibunya bertahan dalam perkahwinan dengan psikopat macam Chan selama lebih 10 tahun semata-mata untuk kembali ke pangkuan ayahnya, tetapi kesungguhan itu sia-sia kerana ayahnya akhirnya menikah dengan perempuan lain. Kehendak ibunya tidak tercapai. Jadi, mungkinkah....

“Emir rasa ma rindukan ayah lebih dari yang ma sangka—”

Mata Aqi membesar. Anak lelakinya itu lebih geliga dariyang disangka...

“AQI!!”

Pintu ditolak deras dari luar hingga menghentak belakang kepala Emir. Pemuda itu tertolak ke tepi hingga dia terundur beberapa tapak. Bila dia menoleh, rupanya emak tirinya merempuh bilik tetamu itu. Malah wanita itu terus mendapatkan emaknya. Dah kenapa?

“TIAP KALI KAU MUNCUL, KAU MUSNAHKAN HIDUP AKU!!” jerit Mimi terus.

Aqi tidak jadi menangis, sebaliknya menentang muka garang Mimi dengan mulut ternganga dan kening berkerut. “Apa lagi masalah kau ni?” Bengkak kat matanya masih tak habis reda, tiba-tiba nak menghambun orang lagi? Anak mata dikerling ke muka pintu bila makin ramai orang yang memasuki bilik tetamu itu, diketuai oleh Ami. Air muka anak perempuannya nampak tegang.  

“MASALAH AKU IALAH KAU!! AKU NAK KAU KELUAR DARI SINI!!” Lengan Aqi dipegang dengan kedua belah tangannya lalu ditarik supaya turun dari katil. Wanita itu terperanjat, sempat bertahan pada kepala katil.

Ami dan Emir spontan menerpa. “Jangan berkasar dengan ma!” jerit mereka serentak, lalu menarik Mimi supaya menjauhi Aqi. Pada masa yang sama, Umar memasuki bilik tetamu itu.

Mimi menoleh dengan mata mencerlang. Selajur buku lima dilayangkan laju ke belakang, menghentam muka Emir dan Ami berturut-turut. Buk! Buk! Bunyi buku lima bertemu dengan pipi kedua-duanya umpama bunyi ketukan beduk surau memanggil azan.

“JANGAN SENTUH AKU, DASAR KETURUNAN HARAM!!”

Ami terundur beberapa kali, hampir jatuh. Emir pula masih kukuh berdiri walau kepalanya terpaling ke kanan. Melihat anaknya dipukul, Aqi terus melompat ke lantai bahana marah melampau.

“Kau berani pukul—!!”

DEBUK!! Tubuh Aqi terhempas terus ke lantai. Keras sekali. Kedua belah kakinya langsung tiada kekuatan untuk menyokong berat badannya,malah seakan-akan lumpuh. Momentum jatuh itu membuatkan dagunya menemui lantai dulu hingga berpinar matanya. Gigi juga bergetar sampai rasa nak tertanggal! Lalu Aqi mengerang di lantai, menahan sakit di kaki, di tangan, dagunya dan kepalanya sekaligus. Bapak sakit sial.... Buat beberapa ketika, Aqi tak nampak apayang berlaku kerana otak yang masih terasa bergegar. Tetapi dia boleh rasa dirinya dibantu untuk bangun.

“Emir... Ami...”

“Okay okay... cool down, Aqi.... Anak-anak kita okay... Biar aku handle...”

Itu suara Umar. Dia terkaku terus. Malah tubuhnya dicempung untuk diangkat semula ke katil. Lembut sekali layanannya. Lelaki itu tiba-tiba mencengkam betisnya, membuat darah Aqi berderau. Alamak... kantoi...

“Kaki kau berseni benar...”

Aqi memalingkan wajahnya, enggan memberi penjelasan. Umar pula merenung lama kaki tersebut, lalu menoleh pada anak lelakinya. “Kau cakap kau belajar balet sebab nak angkut perempuan.... Perempuan yang kau maksudkan ialah ma kau?”

Mata Emir terbuntang luas. Ayahnya sharp! Ami menoleh-noleh antara abangnya dan emaknya, manakala Aqi turut terkedu.

“Bila ma kau tak boleh berjalan sendiri macam sekarang...kau yang tolong angkat dia sebelum ni?” sambung si bapak lagi.

“Err...”

I’ll take that hesitation as a yes. Ma kau taknak cerita sengsara dia sampai lebih rela menangis sengsorang, afterall...” Aqi direnung kembali bersama keluh. “We’ll talk about this later. Stay here.”

 

BERIBU-RIBU persoalan mengenai kaki yang dipenuhi kecacatan kekal itu disimpan di dalam kepala. Fokus buat masa ini ialah emosi isterinya. Umar berdiri di antara Aqi dan Mimi, menjadi benteng yang bertanggungjawab memastikan kehidupan yang aman di antara keduanya. Ini bukan kali pertama Mimi cemburukan Aqi, tapi inilah kali pertama wanita itu mengamuk sehingga melepaskan serangan fizikal.

Anak mata dikerling pada penonton di muka pintu. Memahami isyarat itu, Farid membawa penonton keluar dari bilik tetamu itu, kecuali dirinya sendiri dan anak-anak Umar. Kemudian dia mengunci pintu dari dalam dan dia sendiri berdiri di sandaran pintu sambil berpeluk tubuh. Umar merenung datar abangnya. Farid pula mengangkat ibu jari dengan muka tak berdosa.

Mengalah dengan peel si abang, Umar merenung isterinya kembali. Air muka itu masih tegang, tanda Mimi takkan peduli sebarang sesi diskusi logikal. Perempuan ini cuma mahu kehendaknya dipenuhi.

“Jom balik,” ajaknya.

Marah menyirap lagi. “ABANG SENGAJA NAK JAUHKAN SAYANG DARI AQI!! SAYANG TAK PEDULI!! SAYANG NAK AQI KELUAR DARI SINI SEKARANG!!”

“Jom balik,” ulangnya. Baru saja nak mendapatkan isterinya, Mimi mengelak laju. Wanita itu masih tidak bertenang. Langsung. Malah suaranya juga langsung tidak turun walau satu oktaf.

“HALAU AQI DARI LIFE KITA  ATAU ABANG CERAIKAN SAYANG!!”

“Jangan mengarut, Mimi...”

“YANG MENGARUT IALAH ABANG MASIH CINTAKAN AQI SAMPAI DUA PULUH TAHUN!! APA BENDA ABANG NI SEBENARNYA?! KENAPA ABANG MAINKAN PERASAAN SAYANG MACAM NI SEKALI!!” Tangis mula pecah. “LAMBAT LAUN ABANG AKAN TINGGALKAN SAYANGLAGI SEBAB ABANG TAK BOLEH NAK BERPISAH DENGAN AQI! ABANG DENGAN DIA SENGAJA NAK BERSAMA SEMULA DENGAN GUNAKAN KEMBAR ABANG SEBAGAI ALASAN!! JANGAN INGATSAYANG TAK NAMPAK NIAT ABANG!!”

Umar mengeluh. “Abang tak cintakan Aqi...”

Aqi turut mengeluh. “Aku takkan rampas Umar...”

“PENIPU!!”

“Kau nak aku buat apa supaya kau percayakan aku? Yang aku bersumpah dengan nama Allah—“ Kata-kata termati bila mulutnya ditutup tangan Umar. Aqi terkaku. Kembar itu gamam, dan Mimi kini dirasuk hantu.

“TENGOK!!”

Dia punya high pitch macam baru sedut helium. Telinga mereka sama-sama berdesing.

“Antara kami ada attachment sebab kami ada history, tapi itu tak bermaksud abang masih cintakan dia. Aqi pun cukup waras sebab kerap nasihat abang supaya setia dengan awak. Tapi benda yang abang nak awak nampak sekarang ni, bukannya Aqi yang kena tunaikan permintaan awak, Mimi... tapi awak yang kena tunaikan tanggungjawab awak sebagai isteri abang...”

“TANGGUNGJAWAB BODOH APA—“

“Jadi isteri abang bukan benda bodoh!” jerkah Umar akhirnya, membuatkan suara Mimi tenggelam ke anak tekak. Air mukanya juga sudah keras. “Kalau Aqi dengan Emir tak muncul sekalipun, awak tetap abaikan Ami sebagai anak tiri awak! Aqi bukan masalah! Kewujudan kembar abang pun bukan masalah!! Dari awal lagi awak yang susah sangat nak terima keluarga abang!! Kenapa awak tak cuba ubah diri berbanding letakkan semua kesalahan dekat Aqi?!”

“SEBAB ABANG CINTAKAN AQI!!”

“ABANG DAH CAKAP AQI BUKAN MASALAH!!”

Mimi mendecit spontan. Pertama kali dihentam suara gah itu.Terasa bergegar tulang belulangnya. Seperti dentuman guruh yang menghentam kedua belah telinga hingga kepala terasa dihentak. Ami perlahan-lahan merapati abangnya, manakala Emir menelan liur yang terasa kelat. Ini pertama kali dia melihat ayahnya marah.

“JADI MANUSIA WARAS SIKIT!! SUSAH SANGAT, KAH?!” Umar masih menghambun, membuat wanita itu makin mengecil. Lehernya memendek di antara bahu. Perlahan-lahan air matanya jatuh, disusuli esak tangis. Umar mendengus rendah. “You’re allowed to be crazy, tapi jangan push abang dan pukul anak-anak abang. Awak minta maaf kat mereka sekarang... dekat Aqi sekali...”

Kepala digeleng.

“Mimi Rainita... jangan buat abang marah. Minta maaf sekarang.” Tegas.

Mimi sebaliknya terus menangis sampai bergegar tubuhnya. Hingga teresak-esak macam anak kecil. Buruk benar rupanya, tetapi keadaan wanita itu membuat naluri kelelakian Umar tumpas jua. Lalu dia menghela keluh panjang.

“Jangan macam ni...” Dia merapat. Tangan Mimi dicapai dan isterinya ditarik ke rangkulan. Belakang kepala isterinya diusap lembut. “Abang minta maaf sebab berkasar. Jom balik...”

Mimi menarik hingus. “Mimi nak Aqi pergi dari sini...”

“Kalau macam tu bunuh abang dulu. Pastikan abang betul-betul mati supaya abang tak bangun jadi zombi untuk terus jagakan mereka. Selagi Aqi jauh dari suami dia, selagi dia berseorangan besarkan anak-anak abang, selagi tu abang akan jagakan dia. Awak dengan kembar tu apatah lagi... termasuklah anak yang awak akan lahirkan untuk abang nanti. You guys are all mine.”

Solidnya keputusan Umar membuatkan Farid mengangkat tabik hormat. Aqi dan anak-anaknya tidak bereaksi, manakala Mimi akhirnya berjaya dipujuk Umar untuk balik ke rumah mereka. 

Previous: RAYA-2
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena